"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"
Bertepatan dengan pepatah Melayu ini, Pusat Pendidikan Ilham Bestari tidak tertumpu kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan sahaja. Kami turut menitikberatkan pendidikan pelajar-pelajar yang berusia 5 dan 6 tahun. Kami percaya bahawa seawal usia 5 tahun, kanak-kanak perlu belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi kanak-kanak tersebut. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan di peringkat awal adalah sangat penting kerana disinilah bermulanya perkembangan potensi kanak-kanak itu sendiri.
Ayuh ibu bapa sekalian, kitalah yang mencorakkan anak-anak kita. Dapatkan pendidikan tambahan untuk anak-anak anda. Kami di Ilham Bestari sedia berkhidmat memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda ! kami menyediakan proses pendidikan kanak-kanak dalam suasana riang dan ceria bukan keadaan memberi tekanan kepada kanak-kanak. Kegiatan kreatif, suasana dan persekitaran yang diwujudkan oleh guru di Ilham Bestari boleh menjadi pemangkin kepada motivasi anak-anak anda.
Di Ilham Bestari, pelbagai kaedah digunakan untuk membantu kanak-kanak mengenali huruf, boleh mengeja, membaca dengan lancar dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang lebih santai turut diadakan untuk kanak-kanak supaya pembelajaran dapat difahami dengan mudah.
Sayangi anak-anak dengan memberikan mereka pendidikan awal dan menyerlahkan potensi mereka supaya menjadi generasi bijak pandai!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-6219814 (Pejabat) atau 016-5423455 (Cikgu Azahar). Anda juga boleh datang mendaftar di premis kami di alamat 54-1 Jalan Intan 4, 36000 Teluk Intan, Perak.
#Admin : Nadiah
No comments:
Post a Comment