Assalammualaikun dan Salam Sejahtera !
Sikap malas merupakan sikap yang ada pada setiap manusia. Yang membezakannya adalah tahap kemalasan itu sahaja. Ada yang memiliki sedikit sahaja sikap malas itu dan ada juga yang memiliki sikap malas di tahap KRONIK. Sesetengah daripada kita tidak dapat menghindari perasaan malas ini. Walhal kita sedar bahawa sikap malas itu adalah sikap NEGATIF dan wajib kita hindari. Persoalannya sekarang, di manakah tahap kemalasan diri kita sendiri. Jom sama-sama kita renungkan...
Punca - Punca Sikap Malas
1. Matlamat hidup yang tidak jelas
2. Suka menangguh kerja
3. Tiada semangat untuk berubah
4. Terlalu inginkan kesempurnaan
5. Tiada sokongan motivasi dalam diri
6. Kurang vitamin dalam tubuh lalu badan menjadi letih dan lesu
7. Tiada sokongan motivasi dalam diri
8. Tiada dorongan dari orang lain
9. Terlalu banyak masa lapang
10. Godaan syaitan
11. Berfikiran negatif sebelum mencuba
11. Faktor sekeliling menyebabkan wujunya sikap malas contohnya suasana kesibukan, takut dengan orang ramai, malu,dan tiada keyakinan pada diri.
Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Sikap Malas menurut al-Quran adalah sikap orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 142] :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".
Malas itu ibarat virus. Jadi bagaimana untuk mencegah virus ini dari merebak dan tidak menjadi barah terhadap kita? Jom ketahui cara yang terbaik untuk merawat virus malas ini.
1. Kehebatan Berdoa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki".
(Al- Bukhari)
(Al- Bukhari)
Antara doa Rasulullah S.A.W juga ialah ;
"Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat".
Doa-doa diatas menunjukkan bahawa doa adalah senjata yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulan Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah S.A.W dalam semua sunnahnya.
2. Lawanlah syaitan dan nafsu
Sikap malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Hadis Nabi s.a.w;
“Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu berpunca dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah s.w.t.
3. Carilah ilmu
Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajarinya. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat berjemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Dhuha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannnya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w bersabda;
"Solat paling berat bagi orang manafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak"
4. Semangat juang yang tinggi
Semangat juang yang tinggi mampu menguburkan sifat malas. Rasa malas yang hadir tanpa diundang tidak akan sempat menjengah jika hidup kita disibukkan dengan mengejar matlamat hidup untuk tujuan duniawi dan ukhrawi.
5. Tiada lagi alasan
Pelbagai alasan yang diciptakan oleh pemalas untuk mengelakkan mereka daripada melakukan sesuatu urusan. Jadi motivasilah diri untuk menjadi rajin.
6. Manfaatkan masa yang ada
Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling menasihati kebenaran dan saling menasihati kesabaran."
(Surah al-A'Asr 103: 1-3)
Sumber : http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-islam/
Ok, ni tambahan tips untuk hilangkan rasa malas tu ok..sila tengok video ni..sangat-sangat bermanfaat InshaAllah..
Ok diharapkan para pembaca dapat mengamalkan tips yang sy kongsikan. Renung-renungkan & selamat beramal :-)
#Admin ; Nadiah
No comments:
Post a Comment