Budak sekolah berjalan pulang,
Singgah membeli dikedai sara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kesan yang positif kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi mnegara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kesan yang positif kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi mnegara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Berikut merupakan petua - petua yang ada pada pelajar cemerlang :-
- Taat kepada Allah.
- Mendirikan sembahyang.
- Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
- Hormati dan sayangi guru
- Bersungguh - sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
- Membantu rakan yang memerlukan.
- Berdoa dan bersyukur kepada Allah.
- Sentiasa bertawakal.
- Mahir dalam setiap mata pelajaran.
- Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan.
- Menghadiri kelas tambahan seperti tuisyen.
- Cekap mengaturkan jadual belajar.
" To be successful, you don't have to do extraordinary things.
Just do ordinary things extraordinarily well. " - John Rohn
Artikel motivasi ini memaparkan 9 kualiti, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun mengikut Abjad A. B. C. D. E. F. G. H. I.
Kualiti - kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
|
Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T
Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber - sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik - baiknya ; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara - perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara - perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaanya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti - aktiviti yang berfaedah membuat dirinya lebih berdisiplin, sihat dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti - aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasnya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak - gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan - tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru - guru, ibu - bapa serta keluarganya.
Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar - benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Hasrat
pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita - cita atau impiannya itu memberi suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin - pemimpin, guru - guru, undang - undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Untuk membangkitkan semangat belajar saudara / saudari saya kongsikan video klip Gemuruh Faizal Tahir. Jom dengar bersama :)
Untuk membangkitkan semangat belajar saudara / saudari saya kongsikan video klip Gemuruh Faizal Tahir. Jom dengar bersama :)
Sebelum mengakhiri entry ini saya ingin berkongsi, kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupan. Kecemerlangan pelajar bukan semata - mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. ( ^_^ )
Admin : Umi
No comments:
Post a Comment