Thursday, February 20, 2014

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang :)




Budak sekolah berjalan pulang,
Singgah membeli dikedai sara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.


Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kesan yang positif kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi mnegara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.


Berikut merupakan petua - petua yang ada pada pelajar cemerlang :-
  1. Taat kepada Allah.
  2. Mendirikan sembahyang.  
  3. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka. 
  4. Hormati dan sayangi guru
  5. Bersungguh - sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  6. Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
  7. Membantu rakan yang memerlukan.
  8. Berdoa dan bersyukur kepada Allah.
  9. Sentiasa bertawakal.
  10. Mahir dalam setiap mata pelajaran.
  11. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan.
  12. Menghadiri kelas tambahan seperti tuisyen.
  13. Cekap mengaturkan jadual belajar.


" To be successful, you don't have to do extraordinary things. 
Just do ordinary things extraordinarily well. " - John Rohn



Artikel motivasi ini memaparkan 9 kualiti, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun mengikut Abjad A. B. C. D. E. F. G. H. I.

Kualiti - kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut :


Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Akhlak Pelajar Cemerlang, Keperibadian Pelajar Cemerlang
Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T

Bijak

Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber - sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik - baiknya ; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara - perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara - perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaanya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti - aktiviti yang berfaedah membuat dirinya lebih berdisiplin, sihat dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti - aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasnya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak - gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan - tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru - guru, ibu - bapa serta keluarganya.

Faham

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar - benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat

pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita - cita atau impiannya itu memberi suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman

Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin - pemimpin, guru - guru, undang - undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Untuk membangkitkan semangat belajar saudara / saudari saya kongsikan video klip Gemuruh Faizal Tahir. Jom dengar bersama :)



Sebelum mengakhiri entry ini saya ingin berkongsi, kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupan. Kecemerlangan pelajar bukan semata - mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. ( ^_^ )  


Admin : Umi


Monday, February 17, 2014

Tips Hilangkan Rasa Malas

Assalammualaikun dan Salam Sejahtera !


Sikap malas merupakan sikap yang ada pada setiap manusia. Yang membezakannya adalah tahap kemalasan itu sahaja. Ada yang memiliki sedikit sahaja sikap malas itu dan ada juga yang memiliki sikap malas di tahap KRONIK. Sesetengah daripada kita tidak dapat menghindari perasaan malas ini. Walhal kita sedar bahawa sikap malas itu adalah sikap NEGATIF dan wajib kita hindari. Persoalannya sekarang, di manakah tahap kemalasan diri kita sendiri. Jom sama-sama kita renungkan...




Punca - Punca Sikap Malas

1. Matlamat hidup yang tidak jelas

2. Suka menangguh kerja
3. Tiada semangat untuk berubah
4. Terlalu inginkan kesempurnaan
5. Tiada sokongan motivasi dalam diri
6. Kurang vitamin dalam tubuh lalu badan menjadi  letih dan lesu
7. Tiada sokongan motivasi dalam diri
8. Tiada dorongan dari orang lain
9. Terlalu banyak masa lapang
10. Godaan syaitan
11. Berfikiran negatif sebelum mencuba
11. Faktor sekeliling menyebabkan wujunya sikap malas contohnya suasana kesibukan, takut dengan orang ramai, malu,dan tiada keyakinan pada diri.


Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Sikap Malas menurut al-Quran adalah sikap orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 142] :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".

Malas itu ibarat virus. Jadi bagaimana untuk mencegah virus ini dari merebak dan tidak menjadi barah terhadap kita? Jom ketahui cara yang terbaik untuk merawat virus malas ini.



1. Kehebatan Berdoa


Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki".
(Al- Bukhari)

Antara doa Rasulullah S.A.W juga ialah ;

"Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat".

Doa-doa diatas menunjukkan bahawa doa adalah senjata yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulan Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah S.A.W dalam semua sunnahnya.

2.  Lawanlah syaitan dan nafsu

Sikap malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.  Hadis Nabi s.a.w;

 “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu berpunca dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah s.w.t.
3. Carilah ilmu

Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajarinya. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat berjemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Dhuha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannnya.

Sebab itu, Rasulullah s.a.w bersabda;

"Solat paling berat bagi orang manafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak"

4. Semangat juang yang tinggi

Semangat juang yang tinggi mampu menguburkan sifat malas. Rasa malas yang hadir tanpa diundang tidak akan sempat menjengah jika hidup kita disibukkan dengan mengejar matlamat hidup untuk tujuan duniawi dan ukhrawi.

5. Tiada lagi alasan

Pelbagai alasan yang diciptakan oleh pemalas untuk mengelakkan mereka daripada melakukan sesuatu urusan. Jadi motivasilah diri untuk menjadi rajin.

6. Manfaatkan masa yang ada

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling menasihati kebenaran dan saling menasihati kesabaran."
(Surah al-A'Asr 103: 1-3)

Sumber : http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-islam/



Ok, ni tambahan tips untuk hilangkan rasa malas tu ok..sila tengok video ni..sangat-sangat bermanfaat InshaAllah..




Ok diharapkan para pembaca dapat mengamalkan tips yang sy kongsikan. Renung-renungkan & selamat beramal :-)



#Admin ; Nadiah


Thursday, February 13, 2014

Tuisyen Untuk PraSekolah

"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"

Bertepatan dengan pepatah Melayu ini, Pusat Pendidikan Ilham Bestari tidak tertumpu kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan sahaja. Kami turut menitikberatkan pendidikan pelajar-pelajar yang berusia 5 dan 6 tahun. Kami percaya bahawa seawal usia 5 tahun, kanak-kanak perlu belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi kanak-kanak tersebut. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan di peringkat awal adalah sangat penting kerana disinilah bermulanya perkembangan potensi kanak-kanak itu sendiri. 





Ayuh ibu bapa sekalian, kitalah yang mencorakkan anak-anak kita. Dapatkan pendidikan tambahan untuk anak-anak anda. Kami di Ilham Bestari sedia berkhidmat memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda ! kami menyediakan proses pendidikan kanak-kanak dalam suasana riang dan ceria bukan keadaan memberi tekanan kepada kanak-kanak. Kegiatan kreatif, suasana dan persekitaran yang diwujudkan oleh guru di Ilham Bestari boleh menjadi pemangkin kepada motivasi anak-anak anda.

Di Ilham Bestari, pelbagai kaedah digunakan untuk membantu kanak-kanak mengenali huruf, boleh mengeja, membaca dengan lancar dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang lebih santai turut diadakan untuk kanak-kanak supaya pembelajaran dapat difahami dengan mudah.


















Sayangi anak-anak dengan memberikan mereka pendidikan awal dan menyerlahkan potensi mereka supaya menjadi generasi bijak pandai! 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 05-6219814 (Pejabat) atau 016-5423455 (Cikgu Azahar). Anda juga boleh datang mendaftar di premis kami di alamat 54-1 Jalan Intan 4, 36000 Teluk Intan, Perak.





#Admin : Nadiah



Tuesday, February 11, 2014

Promosi Kelas Percuma

Assalammualaikum & Salam Ceria !




Haaa...adik-adik cuba tengok gambar di atas ni.. pernah tak adik-adik mengalami perasaan yang sama macam ni? 

" Eeiii...banyaknya buku kena baca "

" Penatnya belajar setiap hari "
" Bosannya.... membaca, membaca, mambaca! "


Mesti adik-adik rasa macam putus asa, tak semangat, MALAS... Betul tak?
Haaa... itu maknanya adik-adik perlukan kaedah pembelajaran yang baru dan berkesan! 

"takpe, exam lambat lagi..."
Haaa...jangan cakap macam tu adik-adik! sebenarnya dari awal tahun kita kena buat persediaan tau, bukan lagi seminggu nak exam, baru terkial-kial buat nota, ulangkaji sampai mata sembab, sibuk hafal rumus, haa..tak boleh la macam tu tau!

Sekarang adik-adik PERLU ubah cara belajar. Jangan jadi macam kartun kat atas ni.. Adik-adik kena semangat! kalau tak boleh belajar sendirian, rasa mengantuk, bosan, dah baca buku tapi tak faham-faham, Haa itu maknanya adik-adik perlu pergi TUISYEN.

Kenape kena pergi tuisyen?

  1. Belajar dengan perasaan selesa
  2. Kelas yang menyeronokkan
  3. Belajar dengan bersemangat
  4. Tumpuan guru lebih fokus kepada pelajar
  5. Pelajar dapat memahami dan menguasai subjek
  6. Skor A dalam peperiksaan


Ok, sekarang Pusat pendidikan Ilham Bestari ada buat promosi !

*** PERCUMA 1 sesi kelas tuisyen ***

Haaa... 1 sesi kelas tuisyen percuma ni terpulang pada adik-adik nak pilih subjek apa. 



Sekiranya adik-adik nak pergi tuisyen, tapi nak pengalaman tuisyen dulu, boleh dapatkan sesi kelas PERCUMA ni .

Cara nak daftar?


Hubungi talian 05 - 6219814 





Taip <FREE> <Nama> <umur> dan hantarkan ke :

016-5423455 (Cikgu Azahar) 

Atau;

017-6243882 (Cik Jannah)




Jangan lepaskan peluang keemasan ni ok  :-)



Admin -  Nadiah


Monday, February 10, 2014

Pengenalan

Salam ceria, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia!

Makluman kepada semua, ini merupakan blog rasmi bagi Pusat Tuisyen Ilham Bestari yang terletak di Teluk Intan, Perak.