Wednesday, November 12, 2014

Jawatan Kosong



JAWATAN KOSONG
 
SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT PENERBITAN BARU, PUSTAKA
UJANA MINDA MEMERLUKAN PEKERJA YANG BERDEDIKASI 
& KOMITED BAGI MEMBANTU PERKEMBANGAN KAMI

JAWATAN YANG DITAWARKAN

1.         Editor Bahasa Arab
Kriteria:
a)         Berkelulusan dalam bidang Pengajian Islam
b)         Memiliki Diploma atau Ijazah
c)         Berpengalaman dalam bidang Penulisan & Editor
d)         Mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia


2.         Graphic Designer (Pereka)
Kriteria:
a)         Berkelulusan dalam bidang Designer / Graphic Designer untuk membuat “Flyers”,“Brochure”
            & “Banner”.
b)         Mahir dalam menggunakan Adobe Photoshop adalah satu kelebihan bagi pemohon
c)         Mempunyai diploma atau ijazah
d)         Berpengalaman dalam bidang tersebut
e)         Kreatif

***      Pemohon yang berminat sila emelkan RESUME & DOKUMEN yang berkaitan ke alamat emel azaharbahari@yahoo.com / syahera_rashid91@yahoo.com.
           
***      Pemohon juga boleh menelefon 05-621 9814 (no. pejabat) atau 016-5423 455 (Cikgu Azahar) untuk keterangan lebih lanjut mengenai jawatan kosong ini.

Tuesday, May 20, 2014

Percuma!!! Percuma!!! Percuma!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai adik - adik. Macam mana dengan pelajaran di sekolah? semakin baik atau sebaliknya. Adik - adik jangan risau setiap usaha yang kita lakukan mesti ada ganjarannya dan setiap masalah ada jalannya. Kami di Pusat Pendidikan Ilham Bestari sentiasa akan mengadakan aktiviti dan program yang bertujuan untuk membantu serta meningkatkan semangat adik - adik. Mari sertai SKOR PANTAS MATEMATIK UPSR dan SKOR PANTAS FIZIK SPM . 

Tentatif program seperti dibawah :-

Tarikh : 24.05.2014 ( SKOR PANTAS MATEMATIK UPSR )
           : 25.05.2014 ( SKOR PANTAS FIZIK SPM )
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi.
Tempat : Pusat Pendidikan Ilham Bestari
               57-1 Jalan Intan 4, Bandar Baru Teluk Intan.

Setiap orang berhak untuk berjaya. Adik - adik yang menentukannya! 



#Admin : Umi


Monday, May 5, 2014

Pusat Pendidikan Ilham Bestari, Teluk Intan Pilihan Anda!!!!




Mengapakah program tuisyen ulang kaji topikal ini adalah pilihan terbaik bagi anak anda?
  • Meningkatkan keyakinan dan menangani kelemahan pelajar untuk belajar topik semasa.
  • Memberikan motivasi dan semangat kepada pelajar agar terus berusaha.
  • Memberi tips dan teknik menjawab soalan untuk mendapat semaksimum markah dalam peperiksaan.




Pusat Pendidikan Ilham Bestari harus menjadi pilihan UTAMA kerana :-

  • Guru yang sangat prihatin dan berpengalaman.
  • Penekanan terhadap topik - topik yang sukar.
  • Program ulang kaji yang padat dan intensif.
  • Pengisian program yang efektif.
  • Bilangan murid terhad kepada 15 orang.




#Admin : Umi


Saturday, April 5, 2014



Matlamat Program

  • Untuk menarik minat kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
  • Melahirkan murid yang kreatif dan inovasi dalam pelbagai bidang.
  • Untuk mencungkil bakat-bakat muda.
  • Untuk menyokong penghayatan CINTA RASUL dengan memberi aktiviti kepada mereka.

Syarat-syarat Umum Penyertaan

a) Tema ialah "Cinta Rasul"
b) Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak prasekolah dan murid sekolah rendah.
c) Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) acara iaitu :-

1) Pertandingan Mewarna

Kategori A : 5 tahun - 8 tahun
  Kategori B : 9 tahun - 11 tahun

2) Pertandingan Bercerita

Terbuka kepada murid 5 tahun - 11 tahun
Tema : Cinta Rasul

3) Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

Terbuka kepada Murid 5 tahun - 11 tahun
Tema : Cinta Rasul

d) Setiap hasil karya yang berjaya dipertandingkan akan menjadi hak milik penganjur dan berhak digunakan bagi kepentingannya.

e) Keputusan hakim adalah muktamad.






Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Pejabat : 05 - 6219814

Cik Jannah : 019 - 4447573

Cik Nadiah : 019-5405011

Cik Umi : 017 - 3040675






Tuesday, March 25, 2014

Tip Memanfaatkan Cuti Sekolah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Bertemu kembali adik - adik!! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik - adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik - adik. Diharapkan tip belajar semasa cuti sekolah ini dapat memberi manfaat untuk adik - adik.

Belajar ilmu agama
Adik - adik boleh mengikuti program berunsurkan agama seperti klinik solat dan membaca Al-Quran. Hal ini kerana bagi memastikan adik - adik menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara konsisten serta memahami terjemahan Al-Quran .

Bijak menggunakan internet
Elakkan diri adik - adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari laman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik - adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran.

Ulang kaji secara berkumpulan
Adik - adik boleh bertukar - tukar idea dengan rakan - rakan lain. Khususnya daripada rakan - rakan yang mahir bagi sesuatu mata pelajaran. secara tidak langsung, ulang kaji berkumpulan juga dapat mengurangkan rasa bosan atau mengantuk berbanding adik - adik ulang kaji sendirian di rumah.

Mengikuti kelas tuisyen
Bagi meningkatkan penguasaan adik - adik terhadap mata pelajaran yang adik - adik pelajari di sekolah, adik - adik boleh mengikuti kelas tuisyen. Khususnya bagi mata pelajaran yang akan adik - adik ambil dalam peperiksaan penting UPSR, PMR, dan SPM serta subjek yang adik - adik kurang menguasainya.



Menghargai masa adalah satu tuntutan !! Menghargai masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi. Tidak kira dalam apa - apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Semoga tip - tip yang dikongsi ini bermanfaat buat adik - adik bagi mengisi waktu cuti sekolah pada kali ini :)


#Admin:umi

Monday, March 17, 2014

TUISYEN TOPIKAL SEMESTER 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


       Program cuti sekolah kini kembali. Mari adik - adik sertai Pusat Pendidikan Ilham Bestari agar cuti sekolah adik - adik lebih bermakna dan diisi dengan perkara yang berfaedah. Tidak rugi adik - adik habiskan masa cuti sekolah dengan menghadiri tuisyen kerana apabila adik - adik hadir bertuisyen banyak ilmu yang akan adik - adik pelajari. 

       Malu tiada kawan? Adik - adik boleh ajak kawan untuk sertai program ini bersama. Hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk menghadapi peperiksaan yang sangat penting. Jangan berlengah lagi adik - adik. Jom bersama - sama sertai program yang dapat membantu meningkatkan prestasi pelajaran.

      Program Tuisyen Topikal Semester 1 ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Hargai peluang yang ada depan mata kita adik - adik. berikut merupakan tentatif program :-


Tarikh : 24 - 28 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi - 12.30 petang
Tempat : Pusat Pendidikan Ilham Bestari



Cepat daftar adik - adik. Tempat terhad.. " First Come First Serve "

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 

Pejabat : 05 - 6219814
Cik Jannah : 019 - 4447573
Cik Nadiah : 010 - 3924197
Cik Umi : 017 - 3040675



#Admin ; Umi

Kepuasan jiwa kerana mencari pengetahuan itulah kepuasan yang sejati

     
Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia.

       Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya kami diberi peluang untuk menjayakan Program Motivasi Cemerlang Tingkatan 4 yang diadakan pada 15 Mac 2014 iaitu pada sabtu lepas. Pelbagai suntikan semangat telah diberikan kepada pelajar bertujuan untuk menyedarkan pelajar bahawa pelajaran amat penting dalam kehidupan harian agar mereka tidak alpa apabila dimanjakan dengan pelbagai jenis barang elektronik.

       Ribuan terima kasih ikhlas daripada pihak Pusat Pendidikan Ilham Bestari atas kerjasama para peserta kerana sudi hadir dan tidak lupa pada penceramah Ustaz Mohd Rizal yang telah memberikan pelbagai teknik untuk para peserta praktikan dalam kehidupan seharian sebagai pelajar mempunyai cita - cita yang tinggi.

       Kami akan kongsikan gambar - gambar yang telah diambil sepanjang program motivasi ini dijalankan. Jangan ketinggalan untuk mengikuti program kami seterusnya.


" Orang yang bijaksana adalah orang yang mengetahui sejauh mana dia dapat pergi " 
- Jean Cocteau


Sesi motivasi bersama Ustaz Mohd Rizal




Sesi Perkenalan Pusat Pendidikan Ilham Bestari


       Semoga segala usaha yang telah dilakukan memberikan kesan positif dalam diri setiap peserta yang menghadiri program ini. Semoga adik - adik tenang mengharungi cabaran dunia, berusahalah selagi mana terdaya dan bertawakallah untuk hasil yang sempurna ^_^


#Admin ; Umi



Monday, March 10, 2014

Program Motivasi Cemerlang

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia :-)


Pusat Pendidikan Ilham Bestari mengajurkan satu program motivasi yang hebat dan mampu mencetuskan semangat para peserta untuk belajar lebih tekun. Program ini adalah KHAS untuk pelajar tingkatan 4 yang masih lagi dalam mood "HONEYMOON". Bangkitlah wahai adik-adik! Tingkatan 4 bukan masa untuk bersenang-lenang. Tapi waktu ini perlu menguasai subjek tingkatan 4 supaya memudahkan pembelajaran tingkatan 5 nanti. Untuk pengetahuan semua, ianya ialah PERCUMA! 

YEAYYY PERCUMA!!!

Program Motivasi Tingkatan 4 ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Mac 2014
Masa   : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pusat Pendidikan Ilham Bestari, Teluk Intan, Perak



Tempat Terhad, Cepat Sertai Program ini adik-adik :-)


Untuk Sertai, Sila hubungi talian pejabat kami di 05-6219814 atau Cik Jannah (019-4447573), atau Cik Nadia (010-3924197).

Thursday, February 20, 2014

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang :)




Budak sekolah berjalan pulang,
Singgah membeli dikedai sara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.


Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kesan yang positif kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi mnegara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.


Berikut merupakan petua - petua yang ada pada pelajar cemerlang :-
  1. Taat kepada Allah.
  2. Mendirikan sembahyang.  
  3. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka. 
  4. Hormati dan sayangi guru
  5. Bersungguh - sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  6. Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
  7. Membantu rakan yang memerlukan.
  8. Berdoa dan bersyukur kepada Allah.
  9. Sentiasa bertawakal.
  10. Mahir dalam setiap mata pelajaran.
  11. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan.
  12. Menghadiri kelas tambahan seperti tuisyen.
  13. Cekap mengaturkan jadual belajar.


" To be successful, you don't have to do extraordinary things. 
Just do ordinary things extraordinarily well. " - John Rohn



Artikel motivasi ini memaparkan 9 kualiti, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun mengikut Abjad A. B. C. D. E. F. G. H. I.

Kualiti - kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut :


Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Akhlak Pelajar Cemerlang, Keperibadian Pelajar Cemerlang
Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T

Bijak

Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber - sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik - baiknya ; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara - perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara - perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaanya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti - aktiviti yang berfaedah membuat dirinya lebih berdisiplin, sihat dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti - aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasnya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak - gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan - tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru - guru, ibu - bapa serta keluarganya.

Faham

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar - benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat

pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita - cita atau impiannya itu memberi suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman

Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin - pemimpin, guru - guru, undang - undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Untuk membangkitkan semangat belajar saudara / saudari saya kongsikan video klip Gemuruh Faizal Tahir. Jom dengar bersama :)



Sebelum mengakhiri entry ini saya ingin berkongsi, kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupan. Kecemerlangan pelajar bukan semata - mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. ( ^_^ )  


Admin : Umi


Monday, February 17, 2014

Tips Hilangkan Rasa Malas

Assalammualaikun dan Salam Sejahtera !


Sikap malas merupakan sikap yang ada pada setiap manusia. Yang membezakannya adalah tahap kemalasan itu sahaja. Ada yang memiliki sedikit sahaja sikap malas itu dan ada juga yang memiliki sikap malas di tahap KRONIK. Sesetengah daripada kita tidak dapat menghindari perasaan malas ini. Walhal kita sedar bahawa sikap malas itu adalah sikap NEGATIF dan wajib kita hindari. Persoalannya sekarang, di manakah tahap kemalasan diri kita sendiri. Jom sama-sama kita renungkan...




Punca - Punca Sikap Malas

1. Matlamat hidup yang tidak jelas

2. Suka menangguh kerja
3. Tiada semangat untuk berubah
4. Terlalu inginkan kesempurnaan
5. Tiada sokongan motivasi dalam diri
6. Kurang vitamin dalam tubuh lalu badan menjadi  letih dan lesu
7. Tiada sokongan motivasi dalam diri
8. Tiada dorongan dari orang lain
9. Terlalu banyak masa lapang
10. Godaan syaitan
11. Berfikiran negatif sebelum mencuba
11. Faktor sekeliling menyebabkan wujunya sikap malas contohnya suasana kesibukan, takut dengan orang ramai, malu,dan tiada keyakinan pada diri.


Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Sikap Malas menurut al-Quran adalah sikap orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 142] :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".

Malas itu ibarat virus. Jadi bagaimana untuk mencegah virus ini dari merebak dan tidak menjadi barah terhadap kita? Jom ketahui cara yang terbaik untuk merawat virus malas ini.



1. Kehebatan Berdoa


Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki".
(Al- Bukhari)

Antara doa Rasulullah S.A.W juga ialah ;

"Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat".

Doa-doa diatas menunjukkan bahawa doa adalah senjata yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulan Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah S.A.W dalam semua sunnahnya.

2.  Lawanlah syaitan dan nafsu

Sikap malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.  Hadis Nabi s.a.w;

 “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu berpunca dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah s.w.t.
3. Carilah ilmu

Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajarinya. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat berjemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Dhuha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannnya.

Sebab itu, Rasulullah s.a.w bersabda;

"Solat paling berat bagi orang manafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak"

4. Semangat juang yang tinggi

Semangat juang yang tinggi mampu menguburkan sifat malas. Rasa malas yang hadir tanpa diundang tidak akan sempat menjengah jika hidup kita disibukkan dengan mengejar matlamat hidup untuk tujuan duniawi dan ukhrawi.

5. Tiada lagi alasan

Pelbagai alasan yang diciptakan oleh pemalas untuk mengelakkan mereka daripada melakukan sesuatu urusan. Jadi motivasilah diri untuk menjadi rajin.

6. Manfaatkan masa yang ada

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling menasihati kebenaran dan saling menasihati kesabaran."
(Surah al-A'Asr 103: 1-3)

Sumber : http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-islam/



Ok, ni tambahan tips untuk hilangkan rasa malas tu ok..sila tengok video ni..sangat-sangat bermanfaat InshaAllah..




Ok diharapkan para pembaca dapat mengamalkan tips yang sy kongsikan. Renung-renungkan & selamat beramal :-)



#Admin ; Nadiah