ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Bertemu kembali adik - adik!! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik - adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik - adik. Diharapkan tip belajar semasa cuti sekolah ini dapat memberi manfaat untuk adik - adik.
Belajar ilmu agama
Adik - adik boleh mengikuti program berunsurkan agama seperti klinik solat dan membaca Al-Quran. Hal ini kerana bagi memastikan adik - adik menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara konsisten serta memahami terjemahan Al-Quran .
Bijak menggunakan internet
Elakkan diri adik - adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari laman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik - adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran.
Ulang kaji secara berkumpulan
Adik - adik boleh bertukar - tukar idea dengan rakan - rakan lain. Khususnya daripada rakan - rakan yang mahir bagi sesuatu mata pelajaran. secara tidak langsung, ulang kaji berkumpulan juga dapat mengurangkan rasa bosan atau mengantuk berbanding adik - adik ulang kaji sendirian di rumah.
Mengikuti kelas tuisyen
Bagi meningkatkan penguasaan adik - adik terhadap mata pelajaran yang adik - adik pelajari di sekolah, adik - adik boleh mengikuti kelas tuisyen. Khususnya bagi mata pelajaran yang akan adik - adik ambil dalam peperiksaan penting UPSR, PMR, dan SPM serta subjek yang adik - adik kurang menguasainya.
Menghargai masa adalah satu tuntutan !! Menghargai masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi. Tidak kira dalam apa - apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Semoga tip - tip yang dikongsi ini bermanfaat buat adik - adik bagi mengisi waktu cuti sekolah pada kali ini :)
#Admin:umi
No comments:
Post a Comment